BBM (BAYANGAN BERKACA MATA)

ASALAMUALAIKUM,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. JANGAN MALU-MALU BACA BLOG INI.BLOG INI ADALAH SEKADAR YANG MAMPU DIBERI SAJA.MOTO BLOG INI ADALAH SAYA DAPAT SAYA KONGSI DAN KAMU BACA. NIKMATILAH BERITA TANPA BATASAN.

ISU KESIHATAN

Kupasan isu kesihatan yang terkini di dalam dan luar negara.

ISU SEMASA SUKAN

Kisah sukan dari dalam dan luar negara.

Ruang IT

Borak IT dan perkongsian ilmu IT untuk semua.

Islamic Point of View

Sama-sama kita mendalami Islam agar kehidupan kita menjadi lebih baik Insyallah.

Sunday 30 November 2014

Lelaki ditahan kerana cekik anjing?



PORTSMOUTH - Polis New Hampshire  mengatakan bahawa lelaki yang menceroboh masuk apartment jirannya itu untuk mendiamkan anjing jirannya itu yang menyalak diakhiri dengan dirinya digigit dan kemudian ditahan polis. 
Katanya lagi, berlaku kekecohan pada pagi Jumaat apabila Roger Pelletier memaksa jirannya itu untuk membenarkan masuk ke apartmennya kerana tidak berpuas hati dengan anjing jirannya itu (Oreo) yang menyalak.
Pelletier cuba untuk cekik Oreo, dan menyebabkan pergaduhan berlaku bersama tuan kepada Oreo .Oreo mengigit Pelletier beberapa kali. Tuan kepada Oreo dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Oreo dibawa ke verterinar untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Pelletier kini dituduh sebagai pencuri, Bersikap kejam terhadap haiwan dan serangan kecil . Beliau dipenjarakan dan didenda sebanyak $5,000 (RM 26835.32).

Daging Tikus dalam Sosej???!!!!!


RUSIA- Seorang lelaki terkejut setelah menemukan tikus mati di dalam sosej yang digunakan untuk membuat sandwich. Pada mulanya, Anatol Voronkov (28) membeli makanan dari kedai yang mengiklankan produk daging itu.

Tapi setelah dia mengunyah makanan yang dibuat, dia melihat ada potongan yang berwarna gelap bersembunyi. "Saya fikir itu lada, tapi kemudian saya sedari yang itu adalah kaki haiwan dan lebih buruk lagi, saya kemudian terjumpa kaki melekat di tengah sosis," katanya.

Katanya lagi "Saya merasa benar-benar jijik, tetapi syukur hanya saya satu-satunya yang memakannya, sementara isteri saya dan anak-anak saya tidak menyentuhnya. Dan meskipun saya merasa jijik, ketika saya menunjukkan isteri saya, dia pun terkejut dan berasa amat jijik sekali,".

Setelah beliau mengadukan kepada petugas kesihatan dan kedai, akhirnya sampel makanan telah dikirim untuk diuji untuk melihat mengkaji makanan tersebut samada bahaya atau tidak.


"Saya membeli sosej dari kedai itu kerana mereka berjanji produk daging yang berkualiti tinggi. Saya berpendapat syarikat ini harus ditutup. Perusahaan yang membuat sosej adalah dari Irkutsk di bagian timur wilayah Rusia Irkutsk Oblast," katanya.
Tatiana Kuzmina, jurucakap supermarket yang menjual sosej di kota Rusia Irkutsk mengatakan mereka tidak pernah ada masalah yang sama dan kebiasaanya mengganti rugi kepada pelanggan. "Kami juga telah menghubungi syarikat itu dan menuntut penjelasan," tegasnya.
Dia menambahkan lagi bahawa mereka kini menghindari sosej, dan isterinya sekarang telah menjadi seorang vegetarian.

Wednesday 26 November 2014

FIFA 14 Manager Mode Cheats Tips

Asalamualaikum,kali ni admin nak berkongsi cara memperoleh duit yang banyak di dalam Fifa 14.Berikut merupakan perinti yang diperlukan:-

1). Cheat Engine 6.4 (Klik untuk Muat turun dan "Install")
2). Fifa 14

Selepas itu,anda perlu:-

1.Buka Fifa 14 dan pergi manager mode anda dan lihat jumlah duit anda di Remaining Transfer Budget.



2.Alt+Tab

3. Buka Cheat engine dan pergi kepada process (icon PC bersama kanta pembesar) dan pilih Fifa 14.exe













4.Setelah itu,tulis jumlah remaining transfer budget anda.


5.Klik "First Scan" dan anda akan jumpa kod di tepi.Klik kod tersebut dan ianya akan ada dibawah,kemudian anda perlu right click pada nombor tersebut dan pilih change record ===> value dan type jumlah duit yang anda mahukan contohnya 100000000.

Kemudian klik pada kotak Active untuk sahkan cheat duit anda di Fifa 14.

6.Hasilnya.....





7.Enjoy ye

Bintang Bola Sepak Dunia yang memperjuangkan Palestin

Pep Guardiola

Bekas pemain Barcelona dan AS Roma serta bekas jurulatih Barcelona dan sekarang menjadi jurulatih di Bayern Munich. Pep mendukung aksi solidariti Frederic Kanoute kepada Palestin dan menentang hukuman yang diberikan kepada Kanoute. Ia sempat mengatakan bahwa setiap perang akan merosakkan dan terlalu banyak orang yang mati.






Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal yang sekarang ini bermain untuk Real Madrid, menjualkan kasut emasnya kepada lembaga amal kelabnya dalam rangka membantu kanak-kanak di Palestin. 





 

Eric Cantona

Beliau merupakan lagenda bola sepak Perancis dan pemain terbaik English Premier League di zamannya.Sepucuk surat yang datangnya dari Eric Cantona mengarahkan pembebasan pemain bola sepak Palestine , Mahmoud Sarsak dihantarkan kepada pihak pengurusan sukan dan presiden UEFA Michel Platini.





 Mesut Ozil
 Bintang Real Madrid yang berasal dari Jerman ini memuatnaik satu gambar kanak-kanak yang terkorban dalam serangan di Gaza melalui akaun instragam miliknya officialmesutozil10.
Situasi yang menyedihkan dapat dilihat dalam gambar tersebut, di mana seorang kanak-kanak tergeletak tak bernyawa di hadapan rakan-rakannya. Sementara di bahagian lain foto, terlihat satu baju bertuliskan nama serta nombor jersi Ozil yang dilumuri darah.
Ozil juga menyampaikan mesej simpatinya iaitu “Berehatlah dengan damai semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan kebebasan semenanjung Gaza. Bebaskan Palestin.”

Ronaldo

Pemain bola sepak yang  berasal Brazil, Ronaldo ini, pernah menjadi duta Persekutuan Bangsa-Bangsa untuk kemanusiaan. Salah satu kota pernah dikunjunginya iaitu Ramallah, Palestin. Ronaldo mengaku tidak mampu menahan air matanya melihat keadaan Palestin secara langsung 7 tahun lalu. Hingga kini dia aktif menyerukan bantuan untuk penduduk Palestin pada warga Brazil.













Monday 24 November 2014

PES (Pro Evolution Soccer) 2015 Patch link

PES 2015 sudah dikeluarkan dan seperti kebiasaan,tanpa patch,PES akan menyediakan pasukan-pasukan yang lama lagi lapuk.Oleh sebab itu,Patch disediakan untuk update Sistem PES.Berikut merupakan link Patch Pes :-


http://www.pes-patch.com/2014/11/pes-2015-froyo-patch-rev-1-by-laim.html


Tuesday 11 November 2014

Adakah video game PC selepas ini akan menjadi lebih rumit?

Dalam kesibukan iz melakukan rutin kehidupan,iz sempat meluangkan masa untuk membaca berita mengenai permainan PC game berkaitan

Grand Theft Auto V May Use Denuvo DRM, FIFA 15 & Lords of the Fallen Still Not Cracked.


Ura-ura mengatakan bahawa GTA 5 (Grand Theft Auto 5) akan menggunakan sistem DEVUVO DRM bagi mengekang isu piracy dalam kalangan movie mahupun game, khabarnya Rockstar masih dalam pertimbangan untuk mengikut jejak langkah fifa 15 dan Lords of the Fallen di mana kedua-dua game tersebut masih tidak dapat di "CRACK" kan lagi.

Denuvo’s DRM setakat ini digunakan di FIFA 15 dan Lords of the Fallen. Sudah masuk beberapa minggu sudah dari tarikh FIFA 15 dikeluarkan dan 2 minggu dari saat Lords of the Fallen dikeluarkan. Ada yang mencadangkan bahawa Denuvo mungkin dah jumpa DRM yang boleh menghentikan proses cracking game.