Sunday, 30 November 2014

Daging Tikus dalam Sosej???!!!!!


RUSIA- Seorang lelaki terkejut setelah menemukan tikus mati di dalam sosej yang digunakan untuk membuat sandwich. Pada mulanya, Anatol Voronkov (28) membeli makanan dari kedai yang mengiklankan produk daging itu.

Tapi setelah dia mengunyah makanan yang dibuat, dia melihat ada potongan yang berwarna gelap bersembunyi. "Saya fikir itu lada, tapi kemudian saya sedari yang itu adalah kaki haiwan dan lebih buruk lagi, saya kemudian terjumpa kaki melekat di tengah sosis," katanya.

Katanya lagi "Saya merasa benar-benar jijik, tetapi syukur hanya saya satu-satunya yang memakannya, sementara isteri saya dan anak-anak saya tidak menyentuhnya. Dan meskipun saya merasa jijik, ketika saya menunjukkan isteri saya, dia pun terkejut dan berasa amat jijik sekali,".

Setelah beliau mengadukan kepada petugas kesihatan dan kedai, akhirnya sampel makanan telah dikirim untuk diuji untuk melihat mengkaji makanan tersebut samada bahaya atau tidak.


"Saya membeli sosej dari kedai itu kerana mereka berjanji produk daging yang berkualiti tinggi. Saya berpendapat syarikat ini harus ditutup. Perusahaan yang membuat sosej adalah dari Irkutsk di bagian timur wilayah Rusia Irkutsk Oblast," katanya.
Tatiana Kuzmina, jurucakap supermarket yang menjual sosej di kota Rusia Irkutsk mengatakan mereka tidak pernah ada masalah yang sama dan kebiasaanya mengganti rugi kepada pelanggan. "Kami juga telah menghubungi syarikat itu dan menuntut penjelasan," tegasnya.
Dia menambahkan lagi bahawa mereka kini menghindari sosej, dan isterinya sekarang telah menjadi seorang vegetarian.

2 comments: