BBM (BAYANGAN BERKACA MATA)

ASALAMUALAIKUM,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. JANGAN MALU-MALU BACA BLOG INI.BLOG INI ADALAH SEKADAR YANG MAMPU DIBERI SAJA.MOTO BLOG INI ADALAH SAYA DAPAT SAYA KONGSI DAN KAMU BACA. NIKMATILAH BERITA TANPA BATASAN.

ISU KESIHATAN

Kupasan isu kesihatan yang terkini di dalam dan luar negara.

ISU SEMASA SUKAN

Kisah sukan dari dalam dan luar negara.

Ruang IT

Borak IT dan perkongsian ilmu IT untuk semua.

Islamic Point of View

Sama-sama kita mendalami Islam agar kehidupan kita menjadi lebih baik Insyallah.

Monday 1 December 2014

Hapus jawi, kemalangan besar timpa orang Melayu

Prof Dr.Kang Kyoung Seok dari University of Foreign Studies juga melahirkan rasa Kebimbangan terhadap nasib tulisan jawi.














KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.

Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.

“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.

“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.

“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.

“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. -HARAKAHDAILY 27/11/2014

Credits to: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/32391-hapus-jawi-kemalangan-besar-timpa-orang-melayu

Hamas membatalkan Sambutan Ulang tahun ke 27 di Gaza



GAZA CITY (Ma'an) - Hamas memutuskan untuk membatalkan Sambutan ulang tahun ke 27 di Gaza City,  Hamas sahkan.

Ashraf Abu Zeid, yang bertanggungjawab menguruskan majlis memberitahu bahawa Hamas membatalkan Majlis Sambutan "Bagi menghormati perasaan rakyat di Gaza, ".

Abu Zeid berkata"Hamas bukan ditubuhkan untuk Majlis," Abu Zeid.




MICROSOFT akan mendedahkan WINDOWS 10 awal Januari 2015.


Microsoft akan menyampaikan mesej berkaitan Windows 10 yang dikatakan :lebih baik pada kali ini "
kepada semua pada awal Januari 2015 ini. Bulan lepas. menurut The Verge, Microsoft akan mengadakan 
majlis khas untuk menunjukkan sistem terbaru mereka.

Microsoft dikatakan telah melakukan banyak perubahan pada Windows 10 dan sekarang ini masih dalam 
preview. Windows 8's dikatakan tidak mendapat sambutan daripada pengguna dan menyebabkan ramai pelanggan
beralih arah kepada sistem OS yang lain dan ada yang kekal dengan Windows yang lama seperti Windows 7,Windows
XP. Windows 10 setakat ini masih dalam keadaan beta (Proses yang tidak lengkap) dan masih dalam keadaan
bercampur sistem Windows 7 dan Windows 8.

Kami teruja untuk melihat pembaharuan pada Windows 10 dan berharap pada Januari ini,Windows 10 
akan lebih menyenangi hati pengguna berbanding Windows 8's.

Bayi dijumpai terkubur di Pantai.




SYDNEY – Pihak berkuasa Australia terus melakukan penyiasatan seorang ibu yang disyaki membunuh dan mengubur bayinya di Pantai Maroubra ,Sydney, Australia.
Seorang bayi ditemukan meninggal dunia dan terkubur sedalam 30 cm dari pasir. Bayi malang tersebut dijumpai dua pemuda yang kemudian terus melapor ke polis.
Keadaan bayi sudah mula membusuk dan kini sedang diusahakan oleh  Forensik Sydney untuk diautopsikan.
Kedua pemuda yang menjumpai bayi itu adalah dengan secara tidak sengaja. Ketika itu mereka sedang bermain gali pasir di pantai. Namun, pihak polis belum dapat memastikan identiti bayi itu.
“Jenis kelamin dan usia dari bayi ini belum dapat dipastikan, kerana keadaannya yang sudah busuk,”ujar Jurucakap Polis Australia, Inspektor Andrew Holland, seperti yang disunting dari BBC, Isnin (1/12/2014).