Monday 1 December 2014

Bayi dijumpai terkubur di Pantai.




SYDNEY – Pihak berkuasa Australia terus melakukan penyiasatan seorang ibu yang disyaki membunuh dan mengubur bayinya di Pantai Maroubra ,Sydney, Australia.
Seorang bayi ditemukan meninggal dunia dan terkubur sedalam 30 cm dari pasir. Bayi malang tersebut dijumpai dua pemuda yang kemudian terus melapor ke polis.
Keadaan bayi sudah mula membusuk dan kini sedang diusahakan oleh  Forensik Sydney untuk diautopsikan.
Kedua pemuda yang menjumpai bayi itu adalah dengan secara tidak sengaja. Ketika itu mereka sedang bermain gali pasir di pantai. Namun, pihak polis belum dapat memastikan identiti bayi itu.
“Jenis kelamin dan usia dari bayi ini belum dapat dipastikan, kerana keadaannya yang sudah busuk,”ujar Jurucakap Polis Australia, Inspektor Andrew Holland, seperti yang disunting dari BBC, Isnin (1/12/2014).

0 comments:

Post a Comment