Pep Guardiola
Bekas pemain Barcelona dan AS Roma serta bekas jurulatih Barcelona dan sekarang menjadi jurulatih di Bayern Munich. Pep mendukung aksi solidariti Frederic Kanoute kepada Palestin dan menentang hukuman yang diberikan kepada Kanoute. Ia sempat mengatakan bahwa setiap perang akan merosakkan dan terlalu banyak orang yang mati.
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal yang sekarang ini bermain untuk Real Madrid, menjualkan kasut emasnya kepada lembaga amal kelabnya dalam rangka membantu kanak-kanak di Palestin.
Eric Cantona
Beliau merupakan lagenda bola sepak Perancis dan pemain terbaik English Premier League di zamannya.Sepucuk surat yang datangnya dari Eric Cantona mengarahkan pembebasan pemain bola sepak Palestine , Mahmoud Sarsak dihantarkan kepada pihak pengurusan sukan dan presiden UEFA Michel Platini.
Mesut Ozil
Bintang Real Madrid yang berasal dari Jerman ini memuatnaik satu gambar kanak-kanak yang terkorban dalam serangan di Gaza melalui akaun instragam miliknya officialmesutozil10.
Situasi yang menyedihkan dapat dilihat dalam gambar tersebut, di mana seorang kanak-kanak tergeletak tak bernyawa di hadapan rakan-rakannya. Sementara di bahagian lain foto, terlihat satu baju bertuliskan nama serta nombor jersi Ozil yang dilumuri darah.
Ozil juga menyampaikan mesej simpatinya iaitu “Berehatlah dengan damai semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan kebebasan semenanjung Gaza. Bebaskan Palestin.”
Ronaldo
Pemain bola sepak yang berasal Brazil, Ronaldo ini, pernah menjadi duta Persekutuan Bangsa-Bangsa untuk kemanusiaan. Salah satu kota pernah dikunjunginya iaitu Ramallah, Palestin. Ronaldo mengaku tidak mampu menahan air matanya melihat keadaan Palestin secara langsung 7 tahun lalu. Hingga kini dia aktif menyerukan bantuan untuk penduduk Palestin pada warga Brazil.













0 comments:
Post a Comment