Monday 18 February 2013

Cara Hebat untuk mendapatkan cinta dari si dia

Sesetengah orang menghadapi masalah dalam mendapatkan seseorang yang betul-betul diminati.Adakah Hodoh menjadi masalah atau lain-lain masalah?.Sebenarnya tiada masalah untuk mendapatkan seseorang yang diminati dengan syarat kita perlu ada keyakinan dalam diri kita dan orang yang dipilih itu perlulah berdasarkan sikap dan cara dia melayan.

Berikut merupakan cara-cara hebat mendapatkan si dia :-

1.Fesyen.

Sesetengah wanita menyukai lelaki yang gemar akan fesyen,begitu juga dengan lelaki,tapi untuk lelaki,pastikan wanita yang menutup aurat ye hikhik.Perlu diketahui juga bahawa fesyen janganlah asyik bende yang sama,pastikan berbeza ^_^

2.Komunikasi

Komunikasi merupakan aspek paling penting dalam mendapatkan seseorang,jadi,banyakkan berlatih berkomunikasi menggunakan bahasa yang sopan,jangan kisah apa orang akan cakap kerana kita kalau nak berjaya,kita perlu menghadapi risiko,gagal sekali tidak bermaksud gagal selama-lamanya

3.Jangan terburu-buru

Ingat,jika mahu mengambil hati wanita,jangan terburu-buru untuk mendapatkan si dia,banyakkan bersabar dan banyakkan berdoa.Belajar cara mengawal diri ea ^_^

4.Bersabar

Kesabaran itu amat penting dalam memastikan perhubungan lebih berjaya,bersabar dan bertahan dengan segala kerenah yang dilontarkan kerana itu menunjukkan si dia sudah mula menerima anda secara perlahan

5.Jangan Bergaduh

Sesetengah orang akan bergaduh apabila wanita yang diminati diambil orang lain,tapi ingat,yang ramai lagi perempuan yang lebih bagus atau lelaki yang lebih tampan di luar sana yang menunggu peluang untuk datang,mungkin bukan dari rupa yang tampan atau lawa,tapi dalamannya ^_^

6.Jadilah orang yang berilmu

Orang yang berilmu selalu didampingi bukan oleh wanita sahaja,tetapi oleh orang-orang lain yang berebut mahukan ilmu,tapi ingat,gunalah ilmu pada kebaikan dan janganlah gunakan kepada kejahatan

Saya rasa itu je yang saya dapat berikan tips,mungkin banyak tapi tangan penatlah,takpe,saya akhiri tips ini dan saya ingin melakukan solat asar,bye2 ~ :-)

0 comments:

Post a Comment