BBM (BAYANGAN BERKACA MATA)

ASALAMUALAIKUM,SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA. JANGAN MALU-MALU BACA BLOG INI.BLOG INI ADALAH SEKADAR YANG MAMPU DIBERI SAJA.MOTO BLOG INI ADALAH SAYA DAPAT SAYA KONGSI DAN KAMU BACA. NIKMATILAH BERITA TANPA BATASAN.

ISU KESIHATAN

Kupasan isu kesihatan yang terkini di dalam dan luar negara.

ISU SEMASA SUKAN

Kisah sukan dari dalam dan luar negara.

Ruang IT

Borak IT dan perkongsian ilmu IT untuk semua.

Islamic Point of View

Sama-sama kita mendalami Islam agar kehidupan kita menjadi lebih baik Insyallah.

Wednesday, 26 November 2014

Bintang Bola Sepak Dunia yang memperjuangkan Palestin

Pep Guardiola

Bekas pemain Barcelona dan AS Roma serta bekas jurulatih Barcelona dan sekarang menjadi jurulatih di Bayern Munich. Pep mendukung aksi solidariti Frederic Kanoute kepada Palestin dan menentang hukuman yang diberikan kepada Kanoute. Ia sempat mengatakan bahwa setiap perang akan merosakkan dan terlalu banyak orang yang mati.






Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal yang sekarang ini bermain untuk Real Madrid, menjualkan kasut emasnya kepada lembaga amal kelabnya dalam rangka membantu kanak-kanak di Palestin. 





 

Eric Cantona

Beliau merupakan lagenda bola sepak Perancis dan pemain terbaik English Premier League di zamannya.Sepucuk surat yang datangnya dari Eric Cantona mengarahkan pembebasan pemain bola sepak Palestine , Mahmoud Sarsak dihantarkan kepada pihak pengurusan sukan dan presiden UEFA Michel Platini.





 Mesut Ozil
 Bintang Real Madrid yang berasal dari Jerman ini memuatnaik satu gambar kanak-kanak yang terkorban dalam serangan di Gaza melalui akaun instragam miliknya officialmesutozil10.
Situasi yang menyedihkan dapat dilihat dalam gambar tersebut, di mana seorang kanak-kanak tergeletak tak bernyawa di hadapan rakan-rakannya. Sementara di bahagian lain foto, terlihat satu baju bertuliskan nama serta nombor jersi Ozil yang dilumuri darah.
Ozil juga menyampaikan mesej simpatinya iaitu “Berehatlah dengan damai semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan kebebasan semenanjung Gaza. Bebaskan Palestin.”

Ronaldo

Pemain bola sepak yang  berasal Brazil, Ronaldo ini, pernah menjadi duta Persekutuan Bangsa-Bangsa untuk kemanusiaan. Salah satu kota pernah dikunjunginya iaitu Ramallah, Palestin. Ronaldo mengaku tidak mampu menahan air matanya melihat keadaan Palestin secara langsung 7 tahun lalu. Hingga kini dia aktif menyerukan bantuan untuk penduduk Palestin pada warga Brazil.