Wednesday 24 April 2013

Pergi ke Pontian tapi tak tahu nak makan kat mana??

Asalamualaikum semua,hari ini iz sempat ke Restoran Nasi Ayam Haji Ali


Apa yang istimewa dengan Restoran ini?
Restoran Nasi Ayam Haji Ali menyediakan khidmat yang terbaik untuk pelanggan contohnya apabila kita meminta nasi ayam,dalam 5-7 minit saja sudah siap dan kadang-kadang 4 minit.Ayam Goreng yang disajikan begitu ranggup ditambah pula dengan kicap pedas yang pekat,Sup juga boleh tahan hebatnya.Konsep Sup yang disediakan lebih kepada herba.

Nasi Ayam Haji Ali
Restoran ini juga selain daripada menyediakan makanan yang memuaskan,suasana di restoran ini juga amat selesa kerana restoran ini amat bersih dan harga yang disediakan amat berpatutan.















Jadi,jika awak datang ke Pontian,jangan lupa ke Restoran Nasi Ayam Haji Ali.:-)

0 comments:

Post a Comment